Alhamdulillah, bersua lagi di ruangan ini. Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan semua pembaca dan sahabat yang dimuliakan. Tajuknya masih berkisar tentang ramadhan al mubarak. Apabila tibanya bulan yang mulia, banyaklah sesi ceramah dan tazkirah diadakan di surau-surau, masjid-masjid, dan seumpamaya. Syukur di atas semangat yang telah ditunjukkan oleh mereka demi kebaikan ummah sejagat. Tapi, seharusnya diberi peringatan di sini tentang sesetengah hadith yang dibaca dalam ceramah dan tazkirah sempena ramadhan. Tanpa kita sedari, sesetengah hadith yang menjadi santapan rohani para pendengar itu sebenarnya berdasarkan riwayat yang lemah dan kadang kala palsu. Berikut adalah beberapa contoh hadith mashyur berkenaan ramadhan tetapi kita tidak boleh mempercayainya apatah lagi beramal dengannya :
1. Daripada Salman Al Farisiy RA berkata ; sabda Nabi SAW ( bermaksud )
( .... telah datang kepada kamu bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan. Allah menjadikan puasa padanya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai perkara yang dituntut. Sesiapa yang yang melakukan satu cabang kebaikan pada bulan ini, sama seperti dia melakukan satu perbuatan fardhu di bulan yang lain. Sesiapa yang melakukan satu perbuatan fardhu d bulan ini, sama seperti dia melakukan 70 perbuatan fardhu di bulan yang lain. Dan ianya adalah bulan di mana permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka..... )
Hadith ini riwayat :
1) Al Muhamiliy dalam Al Amaliy ( Jilid 5 No 50 )
2) Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya ( 1887 ) dengan kata-katanya ; andainya ianya adalah sahih 3) Al Wahidiy dalam Al Wasith ( 1 / 640 / 2-1 ).
Berkata Al Albani dalam kitabnya Silsilatul Ahadith Ad Dhoifah wal Maudhua'ah :
( Hadith ini adalah lemah ( dhoif ) disebabkan oleh Ali bin Zaid bin Jada'an. Beliau adalah perawi yang lemah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad dan lain-lain. Imam Ibnu Khuzaimah memperincikan sebab lemahnya perawi ini dengan kata-katanya : aku tidak berhujjah dengannya kerana hafalannya yang buruk. Dengan sebab itu apabila beliau meriwayatkan hadith ini, beliau sertakan dengan kata-katanya ; andainya sahih perkhabaran ini ) Sila lihat Sislsilatul Ahadith Ad Dhoifah Wal Maudu'ah jilid 2 muka surat 262 ( no hadith 871 )
2. Daripada ///////// , sabda Rasulullah SAW ( bermaksud ) ;
( Barangsiapa yang berbuka satu hari di bulan ramadhan tanpa keuzuran, maka tidak berguna baginya puasa selama setahun andainya dia berpuasa )
3.
4.
skip to main |
skip to sidebar
sacdscscscscscscscscscsc
Al Asma' Al Husna
Harap Baca
Ziarah Rakan Pendidik
Nasyid Saya
Persaudaraan Saya
Kategori Post
- Bahasa Arab (4)
- Diari Peribadi (4)
- Puasa (3)
- Solat (2)
- Umum (5)
Jom Solat
Hadith Hari Ini
Kalendar Saya
Radio & Tv Saya
Artikel Saya
Marcadores
- Bahasa Arab (4)
- Diari Peribadi (4)
- Puasa (3)
- Solat (2)
- Umum (5)
tranlator
korok
lagi coretan ku
HTML Marquee Code from Quackit.com
Jom Kita Jalan jalan
Followers
Quem sou eu
Back on top ^
created by Nuvio | Webdesign
Ken ahlin | Converted to XML Blogger Template by ThemeLib
Post a Comment