Indahnya Raya Bersama Keluarga Tercinta

5:42 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Bersama Seluruh Ahli Keluarga

Semua Anakanda Bonda Halimah Awang Yang Tercinta ( Tiada - Roslan )

Kekanda Pertama ( Othman ) Dan Keluarga

Kekanda Kedua ( Aziz ) Dan Keluarga

Kekanda Ketiga ( Zaiton ) Dan Keluarga

Kekanda Keempat ( Alias ) Dan Keluarga

Kekanda Kelima ( Wahab ) Dan Keluarga

Kekanda Keenam ( Zaleha ) Dan Keluarga
Kekanda Ketujuh ( Roslan ) - Tidak Hadir
Diriku Sendiri - kelapan ( Rosdi ) - Hadir Tapi Lupa Nak Ambil Gambar

Ahli Keluarga Lelaki Sahaja

Ahli Keluarga Perempuan Sahaja

Pasangan Romantis

Pra Persidangan Meja Petak

Sedang Melayan Sate


Gaya Seorang Pro Sedang Membakar Sate


Ini Ialah Sate...Semua Orang Pun Tahu !!


Bersidang Sambil Bersantai

Awas !! Ini Adalah Gaya Sahaja. Jangan Tiru Di Rumah



Sedang Bermesra Dengan Monyet



Tanggal 22 September 2009 ( Hari Raya Aidil Fitri Ke-3 ), takdir Ilahi telah menemukan kita semua. Pertemuan yang sangat indah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Biar pun kita semua dipisahkan sementara oleh batasan tugas dan tempat, namun keakraban dan rasa insaf persaudaraan telah menemukan kita semua. Satu peristiwa yang amat sukar terjadi lebih-lebih lagi setiap daripada kita mempunyai komitmen tertentu yang kadang-kadang mengheret diri terpisah jauh daripada keluarga tercinta. Syukur kepada-Mu Ilahi di atas kurniaan nikmat ini.

Betapa gembiranya hatiku dapat bersama semua ahli keluarga. Terasa seolah-olahnya kami semua kembali semula kepada zaman kanak-kanak sebelum ini. Zaman yang penuh dengan ketawa dan air mata. Tapi semua itu hanyalah tinggal kenangan sahaja. Segala-galanya sudah pun berubah. Apa yang kami harapkan ialah anak-anak kami dapat menghayati sedikit sebanyak bahawa inilah tempat tumpah darah ayah dan ibu mereka. Mengenang kembali setiap detik kehidupan yang telah dilalui sehinggalah masing-masing membawa haluan hidup sendiri. Belajarlah daripada kehidupan ini dan warisi setiap langkahnya kepada anak-anak generasi akan datang.

Sayangnya, ibu yang kami cintai telah kembali ke rahmatullah pada 15 Julai 2007. Andainya masih ada, pasti dia merasa gembira dengan situasi indah ini melihat anak-anaknya berkumpul di hari yang mulia dengan cucu-cucunya yang semakin hari semakin ramai. Dengan kasih sayang yang telah dihulurkan sepenuh hatinya sebelum ini dihargai oleh setiap anaknya. Doa kami buat ibu tercinta agar sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah Taala. Amin....

Laksamana
Bangi 25 September 2009

Selalu Dengar Tapi Tak Pasti

12:32 AM, Posted by die_laksamana, No Comment

Alhamdulillah, bersua lagi di ruangan ini. Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan semua pembaca dan sahabat yang dimuliakan. Tajuknya masih berkisar tentang ramadhan al mubarak. Apabila tibanya bulan yang mulia, banyaklah sesi ceramah dan tazkirah diadakan di surau-surau, masjid-masjid, dan seumpamaya. Syukur di atas semangat yang telah ditunjukkan oleh mereka demi kebaikan ummah sejagat. Tapi, seharusnya diberi peringatan di sini tentang sesetengah hadith yang dibaca dalam ceramah dan tazkirah sempena ramadhan. Tanpa kita sedari, sesetengah hadith yang menjadi santapan rohani para pendengar itu sebenarnya berdasarkan riwayat yang lemah dan kadang kala palsu. Berikut adalah beberapa contoh hadith mashyur berkenaan ramadhan tetapi kita tidak boleh mempercayainya apatah lagi beramal dengannya :

1. Daripada Salman Al Farisiy RA berkata ; sabda Nabi SAW ( bermaksud )

( .... telah datang kepada kamu bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan. Allah menjadikan puasa padanya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai perkara yang dituntut. Sesiapa yang yang melakukan satu cabang kebaikan pada bulan ini, sama seperti dia melakukan satu perbuatan fardhu di bulan yang lain. Sesiapa yang melakukan satu perbuatan fardhu d bulan ini, sama seperti dia melakukan 70 perbuatan fardhu di bulan yang lain. Dan ianya adalah bulan di mana permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka..... )

Hadith ini riwayat :

1) Al Muhamiliy dalam Al Amaliy ( Jilid 5 No 50 )
2) Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya ( 1887 ) dengan kata-katanya ; andainya ianya adalah sahih 3) Al Wahidiy dalam Al Wasith ( 1 / 640 / 2-1 ).

Berkata Al Albani dalam kitabnya Silsilatul Ahadith Ad Dhoifah wal Maudhua'ah :
( Hadith ini adalah lemah ( dhoif ) disebabkan oleh
Ali bin Zaid bin Jada'an. Beliau adalah perawi yang lemah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad dan lain-lain. Imam Ibnu Khuzaimah memperincikan sebab lemahnya perawi ini dengan kata-katanya : aku tidak berhujjah dengannya kerana hafalannya yang buruk. Dengan sebab itu apabila beliau meriwayatkan hadith ini, beliau sertakan dengan kata-katanya ; andainya sahih perkhabaran ini ) Sila lihat Sislsilatul Ahadith Ad Dhoifah Wal Maudu'ah jilid 2 muka surat 262 ( no hadith 871 )

2. Daripada ///////// , sabda Rasulullah SAW ( bermaksud ) ;

( Barangsiapa yang berbuka satu hari di bulan ramadhan tanpa keuzuran, maka tidak berguna baginya puasa selama setahun andainya dia berpuasa )

3.

4.




 
aku lagi lagi.png